Saturday, January 11, 2014

SHAKLEE Vivix


Apa itu VIVIX?

Revolusi Terbaru dari ShakleeVivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  

Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.


Bahan-bahan utama:

 

Kebaikan VIVIX:

Para penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard dan Institut Penuaan Nasional (NIA), Amerika Syarikat (AS) pernah melaporkan sejenis bahan semula jadi, resveratrol mampu mengimbangi kesan negatif sesuatu diet yang berkalori tinggi.
Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah itu juga berupaya memanjangkan jangka hayat tikus dalam ujian makmal. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular.
Menurut Carsten, pelbagai kajian terkini telah mendedahkan pengambilan diet yang kaya dengan polifenol mampu menggandakan kesan metabolik yang sihat.
Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.
Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine). Buah muskat yang jauh lebih besar daripada anggur itu subur di kawasan Tenggara AS yang beriklim panas.
"Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).
"Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah," jelasnya sambil memberitahu buah muskat cukup popular sebagai anggur nombor satu di AS.
Biarpun biasa ditemui dalam buah anggur dan wain, resveratrol juga terdapat dalam kulit kacang tanah, pokok-pokok pain dan akar-akar tumbuhan tertentu. Ciri-ciri antioksida dalam resveratrol dilaporkan berupaya menyingkirkan radikal-radikal bebas yang berbahaya dari tubuh.



No comments:

Post a Comment