Thursday, June 19, 2014

PENGHIDRATAN

 


Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan atau air pada tubuh. Hal ini terjadi kerana pengeluaran air lebih banyak daripada kemasukannya (misalnya minum). Gangguan kehilangan cairan tubuh ini disertai dengan gangguan keseimbangan zat elektrolit tubuh.

Dehidarasi terjadi kerana

  • kekurangan zat natrium;

  • kekurangan air;

  • kekurangan natrium dan air.

Dehidrasi terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan penurunan berat badan, iaitu:

 

Dehidrasi ringan (jika penurunan cairan tubuh 5% dari berat badan), dehidrasi sederhana (jika penurunan cairan tubuh antara 5-10% dari berat badan), dan dehidrasi kritikal (jika penurunan cairan tubuh lebih dari 10% dari berat badan).

 

Selain mengganggu keseimbangan tubuh, pada peringkat yang kritikal, dehidrasi boleh mengakibatkan penurunan kesedaran, koma, dan sehingga menyebabkan kematian. Dan jangan sesekali menurunkan berat badan dengan cara dehidrasi kerana anda akan menanggung risiko gangguan pada ginjal anda.

 

KLIK DI SINI UNTUK SARANAN SUPLEMEN MENGATASI DEHIDRASI

Performance® Natural Orange 

 

RM82.50 (539g)

 

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan

      hidrasi

•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk

      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)

•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan

      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Sunday, June 15, 2014

MILIKI USUS YANG SIHAT


  RM53.75(330bj)
RM97.50(700bj)


 RM52.50(120bj)


 
RM45.00(90bj)


ALFALFA Complex 

RM53.75(330bj)
RM97.50(700bj)

GARLIC Complex

RM47.50(60bj)

DTX Complex

RM155.00(90bj)   

 

BACK 


KESIHATAN USUS-dipetik dari artikel Utusan Online

 

RAMAI tidak mengendahkan kepentingan untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat hinggalah kesihatan mereka terjejas.

Seorang yang normal akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Ini bermakna kita akan makan lebih kurang 365 kilogram makanan setiap tahun!

Walaupun kita memasukkan banyak makanan ke dalam usus kita, namun kita masih belum benar-benar menghargai kepentingan kesihatan sistem penghadaman.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.

Kita perlu ingat bahawa keadaan sistem penghadaman seseorang akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan.

Ia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam penghadaman dan penyerapan nutrien, malah turut merupakan sebahagian daripada sistem imun dan saraf. Sudah tiba masanya untuk kita mengutamakan sistem penghadaman kita!


Bagaimana usus berfungsi??

 

Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, dihadam dan diserap untuk memberi kita tenaga.

Makanan yang kita makan akan melalui saluran makanan (mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar) dengan bantuan organ "tambahan" sistem penghadaman (hati, pankreas dan pundi hempedu).

 

Mulut - Penghadaman akan bermula sebelum makanan memasuki mulut. Bau makanan akan merangsang air liur. Inilah sebabnya mengapa air liur akan keluar apabila anda lalu di hadapan sebuah kedai biskut. Penghasilan air liur akan bertambah apabila anda mula menggigit makanan. Air liur yang mengandungi enzim seperti amilase akan menyumbang kepada proses kimia penghadaman, iaitu proses yang memecahkan nutrien kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas, serta membantu menjadikan makanan lebih lembut dan mudah ditelan.

 

Esofagus - Dari mulut, makanan akan melalui esofagus, suatu tiub sepanjang 10 inci. Makanan akan ditolak ke dalam perut menerusi pergerakan peristalsis (pergerakan seakan ombak) oleh dinding esofagus yang berotot. Makanan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk sampai ke perut setelah ditelan. 

 

 

 

Perut - Anda boleh menganggap perut sebagai pusat pemproses makanan badan. Ia akan menggaul, mengisar dan melumatkan semua makanan di dalam perut. Apabila makanan digaul, perut akan menghasilkan jus gastrik, yang mengandungi asid hidroklorik, bagi membantu penghadaman. Pada kebiasaannya, makanan akan tinggal di dalam perut selama 4 jam. Persekitaran berasid perut (pH 1 hingga 2) akan membolehkan makanan menjadi cecair pekat yang boleh dihadam dan diserap dengan mudah.

 

Usus kecil - Dari perut, makanan akan melalui usus kecil. Jangan terpedaya dengan perkataan 'kecil' ini kerana usus kecil anda sebenarnya melebihi 6 meter panjang. Ia merupakan tempat utama bagi penyerapan nutrien. Pada permukaan usus kecil terdapat struktur seakan jari yang dikenali sebagai 'vili' dan pada permukaan vili ini pula terdapat struktur yang seakan jarum. Struktur vili yang unik ini akan menambah luas permukaan usus kecil dan membolehkan penyerapan nutrien yang lebih baik. Apabila dibentangkan, luas permukaan usus kecil anda adalah sebesar satu gelanggang tenis. Penyerapan bermula apabila molekul makanan menembusi vili untuk memasuki rangkaian kapilari darah. Aliran darah akan membawa molekul- molekul halus ini ke bahagian-bahagian tubuh yang lain untuk menjalani penukaran kimia yang seterusnya menjadi nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk meneruskan kehidupan.

 

Usus besar - Tujuan utama usus besar adalah untuk menyerap sebanyak air yang boleh daripada makanan yang dimakan. Bahagian yang tidak diserap akan membentuk fesis yang terdiri daripada 75 peratus lembapan dan 25 peratus pepejal. Fesis akan disimpan di dalam bahagian terakhir usus besar yang dikenali sebagai rektum, dan akhirnya akan keluar daripada tubuh dalam bentuk tinja.

 

Hati - Hati menghasilkan hempedu, sejenis bahan penghadaman yang memecah lemak dan meneutralkan asid makanan. Hempedu akan dihantar ke pundi hempedu untuk disimpan.

 

Pundi hempedu - Fungsi utama organ ini adalah untuk menyimpan hempedu yang akan dirembes ke dalam usus kecil apabila terdapat kehadiran makanan. 

 

Pankreas - Pankreas merembes enzim yang akan memecahkan lemak, karbohidrat dan protein secara kimia.

 

Walau bagaimanapun, sistem penghadaman tidak mampu melaksanakan semua tugas-tugas ini dengan sendiri. Sebagai contoh, tidak semua makanan yang kita makan boleh dihadam. Untuk tujuan ini, tubuh memerlukan bantuan tambahan - ia memerlukan bakteria. Ya, memang betul, bakteria.

 

Koloni

Percaya atau tidak, terdapat bertrilion bakteria yang sedang tinggal dalam sistem penghadaman anda. Bakteria yang turut dikenali sebagai mikroflora usus ini akan menyokong kesihatan usus dengan membantu sistem penghadaman.

Sesetengah kesan bermanfaat mikroflora usus adalah untuk membantu proses penghadaman dengan menghasilkan enzim penghadaman dan merangsang penghasilan sel-sel imun pada lapisan dinding usus.

Otak dan jantung sering dilabel sebagai organ 'penting' di dalam tubuh. Namun demikian, kita tidak boleh terus hidup tanpa sistem penghadaman kita.

Tambahan lagi, tanpa sistem penghadaman, kita akan ketinggalan satu daripada keseronokan utama dalam kehidupan - makanan!

Bayangkan hidup tanpa rasa stik yang digril atau brownie yang suam dan lembap.

Oleh itu, anda digalak untuk lebih menghargai kesihatan penghadaman, bukan sahaja dari segi pencegahan penyakit tetapi untuk mempertingkatkan keseronokan dalam kehidupan, seperti memakan semua makanan lazat yang dimasak oleh ibu atau ayah, isteri atau suami, mahupun teman wanita atau teman lelaki!



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1206&pg=kn_04.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&y=2009#ixzz34X6Yzl00
© Utusan Melayu (M) Bhd


KLIK DI SINI UNTUK SARANAN VITAMIN BAIK UNTUK USUS

Friday, June 13, 2014

IKON BUAT DIA




ooohhh, saya bukanlah SUPERMOM..saya cuma pilih ikon contoh bagi anak2 saya, BUKAN mereka yg pilih. lama-kelamaan mereka akan sukakan ikon yg dipilih itu, insyaaALLAH..

ramai yg bertanyakan saya bagaimana saya boleh timbulkan minat dan kagum anak sulung saya, MOHD MUSTAFA terhadap sahabat2 nabi, saya jawab...MUDAH sahaja, ibu dan bapanya kena dahulu minat dan kagum pada 'ikon2' tersebut..selalu berceritakan ttg para sahabat, para nabi...

zaman sekarang TV sgt memberi pengaruh yg besar terhadap perkembangan minda dan jatidiri anak2, kalau boleh ibu bapa yg dahulu tunjukkan contoh yang baik. kalau taknak anak leka dgn cerita2 katun, ibu bapa sendiri elaklah atau jgn lansung menonton cerita2 katun, elak daripada memberi pendedahan kpd anak2, lama-kelamaan akan lahir satu BUDAYA 'tanpa katun' (katun yg x memberi manfaat lansung)..mudah saja....

ibu bapa sendiri perlu menjadi 'role model' kpd anak2, mereka akan ikut apa yg kita BUAT, BUKAN YANG KITA AJAR...

ROTAN?

ROTAN?????




Saya mmg gunakan pendekatan MEROTAN, tp harus ada pada tempatnya..jgn selalu digunakan sbb takut nanti anak2 kita dah x takutkan rotan tersebut.. rotan pada tapak kaki yg saya amalkan jika anak saya lakukan kesalahan yg besar..

dia akan menangis, tp biarkan dia dalam 'sesi tangisan itu sehingga habis. bila dia dah 'selesai' pergilah dekat padanya, peluk erat2..beritahu kenapa dia dirotan..

selalunya dialog saya dgn anak saya (MOHD MUSTAFA) spt ini..

 

ummi:mustafa sakit?

 

mustafa:sakit...

 

ummi:i'm sorry, mustafa..(peluk dia erat2). ummi rotan mustafa sbb ummi x suka mustafa buat mcm tu (jelaskan kesalahan dia).. ummi sygggggg sgt kat mustafa, ummi nak mustafa tau yg itu adalah salah..(cium dia, peluk dia erat2)..ummi nak mustafa jd anak yg soleh, baik, sayang pada adik... mustafa suka x kalau semua org sygkan mustafa?

 

mustafa:suka....

ummi:ha...sbb tu la ummi nak mustafa jd org yg baik, bila org syg kat mustafa, ALLAH laggggiiii sygkan mustafa, mustafa tau kan bila ALLAH sygkan kita, apa yg kita dapat?

 

mustafa:kita akan masuk syurga...

 

ummi:mustafa nak masuk syurga?

 

mustafa:nak...ummi

 

ummi:nak jd anak yg baik x?

 

mustafa:nak ummi..mustafa promise...(dia akan balas pelukan erat kita)

 

dalam mendidik anak2 yg kecil, kita perlu lebih byk gunakan pendekatan 'kasih-sayang' & lebih kepada 'kenapa harus begitu-begini'....InsyaaALLAH..... ingat, sebelum merotan, istighfar dulu..fikir samada perlu atau tidak merotan itu...


Wednesday, June 11, 2014

KOLESTROL




Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.


Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.


Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.


Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).


Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.


Kolestrol penyebab serangan jantung



  

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.


Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.


Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).


Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.


RUJUKAN  "Safety (MSDS) data for cholesterol". Capaian 2007-10-20.

SARANAN SHAKLEE UNTUK KURANGKAN PARAS KOLESTROL




KEBAIKAN FITOSTEROL:



  • Sebagai tambahan pangan, fitosterol memiliki kemampuan untuk berkompetisi dengan kolesterol dalam penyerapannya di dalam usus. Kompetisi ini mengakibatkan berkurangnya jumlah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh.


  • Selain tu, ia juga dapat berperan dalam mencegah terjadinya kanser. Fitosterol juga telah terbukti dapat menghambat perkembangan kanser usus besar dan memberikan efek terapi lain termasuk anti tumor.


  • Kadar fitosterol pada jaringan tubuh biasanya sangat rendah karena fitosterol tidak mudah dicerna dan diekskresi lebih cepat oleh hati, dibandingkan dengan kolesterol.




0 Perbelanjaan Untuk Bayi 6 Bulan Pertama, Bagaimana????




0 perbelanjaan utk anak kedua saya Azzahrah.. Bagaimana?


1) saya beri dia susu badan sepenuhnya 

-jimat & x payah beli susu formula

-saya set minda dari awal kandungan lagi bahawa saya akan menyusukan sepenuhnya anak kedua saya ini dan alhamdulillah saya berjaya. 


2) pakaikan dia cloth diaper 

-sehari 2@3 keping ja.. Then basuh dgn mesin basuh.. Saya campurkan penggunaan CD dari zaman anak sulung lg..

-ada ibu yang bekerja yang bertanyakan bagaimana nak gunakan CD ni kalau bayi diletakkan di bawah jagaan pengasuh @ nursery? Pengalaman dengan anak sulung saya, Mustafa..juga diletakkan di bawah jagaan nursery. Saya hanya pesankan Pengasuhnya supaya letakkan CD di dalam bungkusan plastik tanpa perlu membasuh..balik rumah nanti saya dan suami yang akan uruskannya..


Alhamdulillah, saya dah berjaya buktikan..anda pun mampu!

Sapa kata kita x mampu berjimat? Nak atau x nak ja.

Tuesday, June 10, 2014

House Manager...the title given by my Mr Husband

My life quite simple as already being experienced by all House Wife,routine life, shabby appearance, nothing to regret, no allowance, no salary output, regards of any circumstances, we did gain love from our life partner, but in other hand, all change due to one precious title "My wife is House Manager".......

Mr Husband totally changing my way of doing things upside down, he did look casualties as stepping stone regards of any challenges, I do feel I can resist and move forward. Yeah, here it comes "Shaklee", it touch my heart when experiencing the bond in the "Bijak Sihat" and now I try my best to embrace the same paasion in "Rakvitamin Ummi". Sharing of health benefits and it importance's become my passion, extra income come on the last resort I could say. Long life on my strength to develop my team and customer welfare.

Reality is CRUEL, yet if you got your Loves one, do treasure them as they will accompany you throughout your good or bad day. I love my Family & Mr Husband.
Nite......


Monday, June 9, 2014

TIPS UNTUK ANAK TIDUR DI BILIK SENDIRI

TIPS UNTUK ANAK TIDUR DI BILIK SENDIRI


Anak sulung saya, Mustafa sudah biasa tidur di biliknya sendiri seawal usianya 3 tahun. Di usia mencecah 5 tahun sekarang, dia mudah untuk masuk ke biliknya sendiri untuk tidur dan menutup sendiri pintu biliknya dan tidur tanpa gangguan, alhamdulillah.. BAGAIMANA? Antara tipsnya adalah...


1) Mintak pendapatnya mengenai BILIK PILIHANNYA, cuba berbincang dan jika bilik pilihannya agak x bersesuaian, cuba terangkan mengapa dia perlu pilih bilit itu..X payah ada aircond, hiasan cantik-cantik..cukup hanya dia berasa SELESA & SELAMAT..

 

2) Jangan jadikan bilik itu seperti terlalu 'asing'. Kami akan sentiasa BUKA PINTU bilik itu supaya dia tahu bahawa bilik itu adalah sebahagian dari ruang rumah kita, biarkan kita selalu keluar masuk, jadikan tempat itu sebagai tempat kegemarannya..

 

3) Diawal usianya 3 tahun, atau pada permulaan pengenalan 'tempat tidurnya' x salah rasanya kita 'melepak' di situ sehingga dia tidur nyenyak..

 

4) Cuba buka pintu biliknya dan pintu bilik kita untuk fasa awal pengenalan bagi memudahkan kita mendengar tangisan atau panggilannya ketika di malam hari..Malapkan pencahayaan di ruang rumah.

 

5) Setelah si manja kita sudah biasa dengan biliknya, biarkan dia masuk dan menutup pintu biliknya sendiri bagi meningkatkan keyakinan & keberanian diri..

 

6) Selain kaedah 'bedtime story', kita jugak boleh guna kaedah lain bagi menemaninya sehingga dia tidur nyenyak seperti bersembang-sembang tentang cita-citanya atau apa saja..oh, jangan lupa jugak TERANGKAN SEBAB MENGAPA dia perlu ada bilik tidur sendiri..

 

7) Ketegasan dalam mendisiplinkannya dia juga adalah satu cara yg baik namun kita harus ingat, kelembutan dalam menyampaikan prinsip lebih mudah dalam melenturkan 'buluh muda' ini..ibu bapa haruslah bersabar dan bekerjasama dalam fasa ini..

 

8) Jangan mudah mengalah jika terdapat sedikit cabaran, kerana PRINSIP mudah diterjemahkan melalui konsistensi kita..DAN AKHIR SEKALI, wujudkan jadual tidurnya agar dia tahu setiap manusia perlu ada waktu untuk beristirehat..

 

SELAMAT BERAMAL

Thursday, June 5, 2014

Bila BADAN BERANGIN

Harini ummi tak barapa nak sihat..yela, kalau tersilap makan ja mesti 'badan berangin' pastu mulalah migraine..

1st time guna PEPPERMINT GINGER..menyengat! Bau yang sangat 'mint' dan tak la terbaring & muntah-muntah macam selalu..

Alhamdulillah.. Harga pun taklah mahal. Kawan-kawan boleh cuba..