Friday, July 4, 2014

OSTEMATRIX

RM61.00


Selain itu, Ostematrix juga disarankan kerana ia dapat membantu untuk :


  • Melegakan sembelit, membantu wanita mudah bersalin, menguatkan tulang, mencegah obesiti, elakkan kanser kolon, insomnia, mencegah batu karang.

  • Membantu kesihatan gigi dan gusi, mengawal tekanan darah.

  • Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan.




BUY


SEMBELIT


 


Gejala


Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.


Tanda dan Gejala

Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

 
Sebab-Sebab


Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

 

Komplikasi


Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).


Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

 

Rawatan

Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:

  • Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
  • Anda dalam kesakitan.
  • Anda mendapati najis anda berdarah.

 

Pencegahan


Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:

  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.                                                                                                                                                    
Sumber dipetik dari http://www.myhealth.gov.my 



Thursday, July 3, 2014

VIVIX

KANDUNGAN DI DALAM VIVIX









 

Polygonum Cuspidatum

 

Oleh kerana resveratrol dianggap sebagai mempunyai banyak manfaat kesihatan, maka tidak mengejutkan bahawa beberapa pengeluar telah cuba mengambil kesempatan dengan menjual makanan tambahan resveratrol. Kebanyakan kapsul resveratrol dijual di Amerika Syarikat mengandungi ekstrak daripada tumbuhan knotweed Jepun dan China, Polygonum cuspidatum. 



Penyelidik di New York mendapati bahawa kumpulan yang menerima Polygonum cuspidatum mempunyai pengurangan signficiant dalam banyak petanda tekanan oksidatif dan keradangan. Tiada perubahan yang ketara bagi kumpulan plasebo. Para penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa Polygonum cuspidatum yang mengandungi resveratrol mempunyai kesan bersifat menindas yang baik terhadap tekanan oksidatif dan keradangan. 



Oleh itu, ia boleh menjadi pilihan yang terbaik bagi merawatan penyakit seperti kencing manis dan aterosklerosis (yang terbina daripada lemak dalam arteri), yang dipengaruhi oleh tekanan oksidatif dan keradangan.








LOBAK UNGU



Lobak ungu adalah lebih tinggi dalam antioksidan daripada lobak oren , dan juga mempunyai ciri-ciri anti -radang. Ini boleh membuat ia sangat berguna dalam rawatan arthritis serta didapati anti-virus, antiseptik dan anti-mikrob , dan juga mengandungi anticarcinogens dan betacarotenes . Lobak ungu juga mengandungi fitokimia termasuk karotenoid, polyacetylenes , isocoumarins , phenolic dan sesquiterpenes . Fitokimia mempunyai antioksidan , anti -bakteria , dan sebagai agen pencegahan penyakit lain bagi meningkatkan kesihatan.





Anticarcinogens membantu mengurangkan risiko kanser dan juga membantu untuk melawan sel-sel kanser yang telah hadir dalam badan kita. Lobak ungu juga sangat bagus bagi menentang virus serta jangkitan bakteria, seperti selesema , campak dan jangkitan dalaman saluran kencing , mulut dan perut. Untuk mencegah kanser, adalah disarankan mula minum jus lobak merah ungu anda sekerap yang mungkin.



Lobak ungu mengandungi dos Vitamin A yang tinggi, yang dapat membantu mengelakkan penyumbatan arteri dan dengan itu membantu untuk mencegah stroks . Selain itu, ia juga mengandungi vitamin B , C dan E serta kalsium pectate , yang merupakan sumber serat yang sangat baik , dan sangat membantu untuk menurunkan paras kolesterol. Ia juga sangat berguna dalam pencegahan macular degeneration.



Lobak ungu sangat bagus untuk menyuburkan rambut, kulit dan kuku, dan juga meningkatkan kualiti susu ibu. Selain itu, ia juga mengandungi sumber kalsium yang lebih mudah dihadam oleh badan kita daripada banyak sumber-sumber lain . Dalam kajian yang dijalankan di Queensland University, ia menunjukkan bahawa jus lobak ungu dapat menurunkan tekanan darah, menstabilkan gula dalam darah, dan membantu dalam memerangi penyakit hati dan jantung.







 


ELDERBERRY



Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.



Jus elderberry mengandung bioflavonoid yang dikenal sebagai antioksidan yang paling efektif untuk mencegah terjadinya kerosakan sel.



Jus Elderberry meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta sangat membantu dalam mengubati penyakit AIDS dan kanser.



Jus Elderberry dikenal untuk menurunkan kadar kolesterol dan mengurangi kolesterol jahat. Hal ini dapat sangat bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung.



Menggunakan jus elderberry untuk tujuan kuliner membantu menjaga sistem pencernaan yang sehat dan menghindari risiko stress.



Jus elderberry mencegahan dan mebantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap infeksi virus, dan sesak nafas.



Jus Elderberry memiliki sifat anti-virus, antioksidan dan anti-histamin. Mengamalkan minum jus Elderberry setiap hari sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan.




BACK 






Thursday, June 19, 2014

PENGHIDRATAN

 


Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan atau air pada tubuh. Hal ini terjadi kerana pengeluaran air lebih banyak daripada kemasukannya (misalnya minum). Gangguan kehilangan cairan tubuh ini disertai dengan gangguan keseimbangan zat elektrolit tubuh.

Dehidarasi terjadi kerana

  • kekurangan zat natrium;

  • kekurangan air;

  • kekurangan natrium dan air.

Dehidrasi terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan penurunan berat badan, iaitu:

 

Dehidrasi ringan (jika penurunan cairan tubuh 5% dari berat badan), dehidrasi sederhana (jika penurunan cairan tubuh antara 5-10% dari berat badan), dan dehidrasi kritikal (jika penurunan cairan tubuh lebih dari 10% dari berat badan).

 

Selain mengganggu keseimbangan tubuh, pada peringkat yang kritikal, dehidrasi boleh mengakibatkan penurunan kesedaran, koma, dan sehingga menyebabkan kematian. Dan jangan sesekali menurunkan berat badan dengan cara dehidrasi kerana anda akan menanggung risiko gangguan pada ginjal anda.

 

KLIK DI SINI UNTUK SARANAN SUPLEMEN MENGATASI DEHIDRASI

Performance® Natural Orange 

 

RM82.50 (539g)

 

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan

      hidrasi

•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk

      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)

•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan

      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Sunday, June 15, 2014

MILIKI USUS YANG SIHAT


  RM53.75(330bj)
RM97.50(700bj)


 RM52.50(120bj)


 
RM45.00(90bj)


ALFALFA Complex 

RM53.75(330bj)
RM97.50(700bj)

GARLIC Complex

RM47.50(60bj)

DTX Complex

RM155.00(90bj)   

 

BACK 


KESIHATAN USUS-dipetik dari artikel Utusan Online

 

RAMAI tidak mengendahkan kepentingan untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat hinggalah kesihatan mereka terjejas.

Seorang yang normal akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Ini bermakna kita akan makan lebih kurang 365 kilogram makanan setiap tahun!

Walaupun kita memasukkan banyak makanan ke dalam usus kita, namun kita masih belum benar-benar menghargai kepentingan kesihatan sistem penghadaman.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.

Kita perlu ingat bahawa keadaan sistem penghadaman seseorang akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan.

Ia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam penghadaman dan penyerapan nutrien, malah turut merupakan sebahagian daripada sistem imun dan saraf. Sudah tiba masanya untuk kita mengutamakan sistem penghadaman kita!


Bagaimana usus berfungsi??

 

Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, dihadam dan diserap untuk memberi kita tenaga.

Makanan yang kita makan akan melalui saluran makanan (mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar) dengan bantuan organ "tambahan" sistem penghadaman (hati, pankreas dan pundi hempedu).

 

Mulut - Penghadaman akan bermula sebelum makanan memasuki mulut. Bau makanan akan merangsang air liur. Inilah sebabnya mengapa air liur akan keluar apabila anda lalu di hadapan sebuah kedai biskut. Penghasilan air liur akan bertambah apabila anda mula menggigit makanan. Air liur yang mengandungi enzim seperti amilase akan menyumbang kepada proses kimia penghadaman, iaitu proses yang memecahkan nutrien kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas, serta membantu menjadikan makanan lebih lembut dan mudah ditelan.

 

Esofagus - Dari mulut, makanan akan melalui esofagus, suatu tiub sepanjang 10 inci. Makanan akan ditolak ke dalam perut menerusi pergerakan peristalsis (pergerakan seakan ombak) oleh dinding esofagus yang berotot. Makanan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk sampai ke perut setelah ditelan. 

 

 

 

Perut - Anda boleh menganggap perut sebagai pusat pemproses makanan badan. Ia akan menggaul, mengisar dan melumatkan semua makanan di dalam perut. Apabila makanan digaul, perut akan menghasilkan jus gastrik, yang mengandungi asid hidroklorik, bagi membantu penghadaman. Pada kebiasaannya, makanan akan tinggal di dalam perut selama 4 jam. Persekitaran berasid perut (pH 1 hingga 2) akan membolehkan makanan menjadi cecair pekat yang boleh dihadam dan diserap dengan mudah.

 

Usus kecil - Dari perut, makanan akan melalui usus kecil. Jangan terpedaya dengan perkataan 'kecil' ini kerana usus kecil anda sebenarnya melebihi 6 meter panjang. Ia merupakan tempat utama bagi penyerapan nutrien. Pada permukaan usus kecil terdapat struktur seakan jari yang dikenali sebagai 'vili' dan pada permukaan vili ini pula terdapat struktur yang seakan jarum. Struktur vili yang unik ini akan menambah luas permukaan usus kecil dan membolehkan penyerapan nutrien yang lebih baik. Apabila dibentangkan, luas permukaan usus kecil anda adalah sebesar satu gelanggang tenis. Penyerapan bermula apabila molekul makanan menembusi vili untuk memasuki rangkaian kapilari darah. Aliran darah akan membawa molekul- molekul halus ini ke bahagian-bahagian tubuh yang lain untuk menjalani penukaran kimia yang seterusnya menjadi nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk meneruskan kehidupan.

 

Usus besar - Tujuan utama usus besar adalah untuk menyerap sebanyak air yang boleh daripada makanan yang dimakan. Bahagian yang tidak diserap akan membentuk fesis yang terdiri daripada 75 peratus lembapan dan 25 peratus pepejal. Fesis akan disimpan di dalam bahagian terakhir usus besar yang dikenali sebagai rektum, dan akhirnya akan keluar daripada tubuh dalam bentuk tinja.

 

Hati - Hati menghasilkan hempedu, sejenis bahan penghadaman yang memecah lemak dan meneutralkan asid makanan. Hempedu akan dihantar ke pundi hempedu untuk disimpan.

 

Pundi hempedu - Fungsi utama organ ini adalah untuk menyimpan hempedu yang akan dirembes ke dalam usus kecil apabila terdapat kehadiran makanan. 

 

Pankreas - Pankreas merembes enzim yang akan memecahkan lemak, karbohidrat dan protein secara kimia.

 

Walau bagaimanapun, sistem penghadaman tidak mampu melaksanakan semua tugas-tugas ini dengan sendiri. Sebagai contoh, tidak semua makanan yang kita makan boleh dihadam. Untuk tujuan ini, tubuh memerlukan bantuan tambahan - ia memerlukan bakteria. Ya, memang betul, bakteria.

 

Koloni

Percaya atau tidak, terdapat bertrilion bakteria yang sedang tinggal dalam sistem penghadaman anda. Bakteria yang turut dikenali sebagai mikroflora usus ini akan menyokong kesihatan usus dengan membantu sistem penghadaman.

Sesetengah kesan bermanfaat mikroflora usus adalah untuk membantu proses penghadaman dengan menghasilkan enzim penghadaman dan merangsang penghasilan sel-sel imun pada lapisan dinding usus.

Otak dan jantung sering dilabel sebagai organ 'penting' di dalam tubuh. Namun demikian, kita tidak boleh terus hidup tanpa sistem penghadaman kita.

Tambahan lagi, tanpa sistem penghadaman, kita akan ketinggalan satu daripada keseronokan utama dalam kehidupan - makanan!

Bayangkan hidup tanpa rasa stik yang digril atau brownie yang suam dan lembap.

Oleh itu, anda digalak untuk lebih menghargai kesihatan penghadaman, bukan sahaja dari segi pencegahan penyakit tetapi untuk mempertingkatkan keseronokan dalam kehidupan, seperti memakan semua makanan lazat yang dimasak oleh ibu atau ayah, isteri atau suami, mahupun teman wanita atau teman lelaki!



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1206&pg=kn_04.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&y=2009#ixzz34X6Yzl00
© Utusan Melayu (M) Bhd


KLIK DI SINI UNTUK SARANAN VITAMIN BAIK UNTUK USUS