Thursday, February 13, 2014

HORMON

Hormon merujuk kepeda sebatian kimia yang bertindak sebagai penyampai maklumat/isyarat antara sel-sel badan melalui darah dan penting dalam transduksi isyarat organisma multisel.
Hormon-hormon dapat digolongkan kepada jenis amina (contoh: tiroksina), peptida (contoh:insulin) dan lipid (contoh: testosteron) bergantung kepada sifat kimia.


MASALAH HAID TIDAK TERATUR

Lazimnya apabila wanita lewat haid dan disahkan bukan disebabkan kehamil-an, doktor akan memberikan pil berhormon progestin. Ia menyerupai hormon progesteron yang tidak dihasilkan ovari sekiranya tidak berlaku ovulasi (pengeluaran telur). Maka, fasa pematangan lapisan haid menjadi lengkap dan wanita itu akan didatangi haid dalam masa seminggu setelah ia berhenti memakan ubat ini. 

Bagaimanapun, kesan-nya hanyalah sementara dan setakat melengkapkan fasa kitaran haid. Ubat ini tidak merawat masalah ovulasi. Ini menjadikan wanita itu seolah-olah terpaksa bergantung kepada ubat ini untuk menggantikan hormon progesteron yang tidak dikeluarkan oleh ovarinya. 

Doktor mungkin akan memberikan anda ubat subur, seeloknya ia dipantau kesannya ke atas pembesaran telur dan pematangan lapisan haid atau endometrium secara semudah menggunakan ultrabunyi.

No comments:

Post a Comment