Tuesday, February 11, 2014

SENDI




Terdapat pelbagai penyakit radang sendi yang selalu dihidapi pesakit, paling kerap adalah Rheumatoid Arthritis (RA) dan Osteoarthritis (OA).

Menurut Yayasan Artritis Malaysia, kebanyakan pesakit RA dalam usia bekerja dan kesakitan mula ketara apabila pesakit mencecah usia persaraan.

RA turut dialami kira-kira satu peratus penduduk Malaysia. Terdapat lebih kurang 135,000 penghidap RA di Malaysia. Rawatannya memerlukan kos tinggi terutama pesakit yang menderita jangka masa lama.

Artritis bermaksud radang sendi iaitu sejenis penyakit autoimun di mana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan memberi kesan kepada sendi, tisu mengelilingi sendi dan tisu perantara lain.
Faktor usia turut mengurangkan kadar cecair sinovial di dalam sendi. Ia biasa di kalangan orang dewasa 65 tahun dan lebih tua, tetapi boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur.




Punca radang sendiSecara am, keradangan sendi boleh
disebabkan oleh:
* Penyakit autoimun
* Kecederaan - patah tulang
* Sendi haus dan lusuh
* Keabnormalan metabolik seperti gout
* Faktor keturunan
* Jangkitan bakteria dan virus






Radang sendi melibatkan kerosakan tulang rawan.
Rawan melindungi sendi, membolehkan ia bergerak dengan lancar. Ia menyerap kejutan apabila tekanan diletakkan pada sendi, seperti bila berjalan. Tanpa jumlah rawan mencukupi, tulang akan bergesel, menyebabkan kesakitan, bengkak (keradangan) dan ketegangan.

Tanda radang sendiRadang sendi diklasifikasi sebagai salah satu penyakit reumatik iaitu keadaan di mana penyakit berbeza pada setiap individu dengan rawatan, komplikasi dan prognosis dengan ciri yang berbeza.
Osteoartritis (OA) - Tanda terbentuk perlahan-lahan dan menjadi lebih buruk semakin masa berlalu. Terdapat sakit di sendi, sama ada semasa atau selepas penggunaan atau selepas tempoh tidak aktif.
Sendi akan menjadi regang, terutama pada pagi. Pesakit mungkin lebih sukar menggunakannya dan rasa kehilangan fleksibiliti .

Ketulan keras, atau taji tulang boleh muncul di sekitar sendi. Dalam beberapa kes, sendi mungkin bengkak. Biasanya sendi yang terlibat adalah di bahagian pinggang, tangan, lutut dan tulang belakang.
Rheumatoid arthritis (RA) - Pesakit sering mendapati sendi sama dalam setiap bahagian badan membengkak dan sengal.

Jari, tangan, kaki dan pergelangan tangan adalah paling biasa terjejas. Gejala paling teruk pada waktu pagi setelah bangun tidur dan kesakitan boleh berlangsung selama 30 minit. Tangan boleh menjadi merah dan bengkak.
Nodul rheumatoid (lebam tisu di bawah kulit lengan pesakit). Pesakit dengan artritis reumatoid rasa letih kebanyakan masa dan berlaku penurunan berat badan.
Sendi lebih kecil biasanya lebih mudah terjejas. Selalunya pesakit dengan artritis rheumatoid mempunyai masalah dengan beberapa sendi pada masa sama.
Radang sendi agresif boleh merebak dari sendi kecil di tangan, pergelangan tangan, buku lali dan kaki ke siku, lutut, pinggang, leher, bahu dan rahang.

Secara keseluruhannya, gejala radang
sendi adalah seperti berikut:
* Sakit sendi.
* Sendi bengkak.
* Keupayaan sendi bergerak makin kurang.
* Merah pada kulit di sekeliling sendi.
* Ketegangan, terutamanya di waktu
pagi.
* Hangat sekeliling sendi.


Maklumat oleh © Utusan Melayu (M) Bhd 


1 comment:

  1. Salam, sahabat saya tangan dia lenguh lenguh, jemari dia pun rasa macam cucuk cucuk,ada tak supplement sesuai, umur dia 23 tahun.

    ReplyDelete