Monday, June 9, 2014

TIPS UNTUK ANAK TIDUR DI BILIK SENDIRI

TIPS UNTUK ANAK TIDUR DI BILIK SENDIRI


Anak sulung saya, Mustafa sudah biasa tidur di biliknya sendiri seawal usianya 3 tahun. Di usia mencecah 5 tahun sekarang, dia mudah untuk masuk ke biliknya sendiri untuk tidur dan menutup sendiri pintu biliknya dan tidur tanpa gangguan, alhamdulillah.. BAGAIMANA? Antara tipsnya adalah...


1) Mintak pendapatnya mengenai BILIK PILIHANNYA, cuba berbincang dan jika bilik pilihannya agak x bersesuaian, cuba terangkan mengapa dia perlu pilih bilit itu..X payah ada aircond, hiasan cantik-cantik..cukup hanya dia berasa SELESA & SELAMAT..

 

2) Jangan jadikan bilik itu seperti terlalu 'asing'. Kami akan sentiasa BUKA PINTU bilik itu supaya dia tahu bahawa bilik itu adalah sebahagian dari ruang rumah kita, biarkan kita selalu keluar masuk, jadikan tempat itu sebagai tempat kegemarannya..

 

3) Diawal usianya 3 tahun, atau pada permulaan pengenalan 'tempat tidurnya' x salah rasanya kita 'melepak' di situ sehingga dia tidur nyenyak..

 

4) Cuba buka pintu biliknya dan pintu bilik kita untuk fasa awal pengenalan bagi memudahkan kita mendengar tangisan atau panggilannya ketika di malam hari..Malapkan pencahayaan di ruang rumah.

 

5) Setelah si manja kita sudah biasa dengan biliknya, biarkan dia masuk dan menutup pintu biliknya sendiri bagi meningkatkan keyakinan & keberanian diri..

 

6) Selain kaedah 'bedtime story', kita jugak boleh guna kaedah lain bagi menemaninya sehingga dia tidur nyenyak seperti bersembang-sembang tentang cita-citanya atau apa saja..oh, jangan lupa jugak TERANGKAN SEBAB MENGAPA dia perlu ada bilik tidur sendiri..

 

7) Ketegasan dalam mendisiplinkannya dia juga adalah satu cara yg baik namun kita harus ingat, kelembutan dalam menyampaikan prinsip lebih mudah dalam melenturkan 'buluh muda' ini..ibu bapa haruslah bersabar dan bekerjasama dalam fasa ini..

 

8) Jangan mudah mengalah jika terdapat sedikit cabaran, kerana PRINSIP mudah diterjemahkan melalui konsistensi kita..DAN AKHIR SEKALI, wujudkan jadual tidurnya agar dia tahu setiap manusia perlu ada waktu untuk beristirehat..

 

SELAMAT BERAMAL

2 comments: